CikDyg nak ajaq hampa macam mana nak buat Kek Batik Cheese yang Moist sangat-sangat. Sesuai untuk semua majlis. Hampa nak buat juai pon sesuai tau.
BAHAN-BAHAN KEK
Bahan-Bahan A:
- 5 Biji Telur (Gred A)
- 125g Mentega
- 250g Susu Pekat
- 20g Gula
- 30g Serbuk Koko
- 100g Tepung Gandum
- 100g Milo
Bahan-Bahan B:
- 250g Biskut Marie
CARA-CARA:
- Mula-mula hampa blend kesemua bahan (A).
- Kemudian, masak di atas api sehingga pekat.
- Masukkan biskut marie, lepas tu hampa kacau hingga sebati dengan adunan tadi.
- Tuang ke dalam dulang dan gaul sekata.
BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE
- 250g Krim Keju
- 100g Gula aising
CARA-CARA:
- Hampa masukkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam mangkuk dan putaq sampai sebati.
- Kemudian, hampa tuang adunan tersebut ke atas kek batik hat dah siap tadi.
- Last sekali hampa taboq serbuk milo di atas topping cheese kek batik tadi. Siap!
SELAMAT MENCUBA!