Kek Heaven Walnut Butterscotch

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Alhamdulillah. Ramai yang nak tengok cara cik dyg deco kek Exclusive ni kan. Jom layan kek heaven walnut butterscoth. Memang sedap sgt². Patut la kek ni mahal.

Resepi
Bahan-bahan Kek
250 gm sponge mix
4 bj telur @ 250gram
50 ml air
50 ml minyak jagung
Vanila esen

Bahan Butterscotch
1 cwn gula perang
2 sdb butter
1/2 cwn whipping cream

Bahan Krim cheese
350 gm Cream Cheese
1/4 cwn susu pekat
250 gm fresh Cream
50 gm butterscoth

Crunchy Walnut
200 gm kacang walnut
80 gm gula perang
2 sudu besar madu

Cara penyediaan
Kek
1. Satukan semua bahan pukul hingga pekat dan gebu,
2. Masukkan Vanila esen (sy guna butterscoth esen)
3. Tuangkan ke dalam acuan 9 inci (yang telah dilapik kertas minyak) dan bakar dengan suhu 170 celcius selama 40 minit.
4. Bila dah masak, terus terbalikkan kek di atas jaring.

Butterscotch
1. Gula dimasak hingga hangus sambil dikacau sentiasa.
2. Bila dah perang,masukkan whipping cream kacau sehingga larut.
3. Kemudian,masukkan butter. Tutup api biarkan sejuk.

Krim cheese
1. Satukan cream cheese dan susu pekat. Pukul hingga gebu.
2. Tuangkan butterscoth dan ketepikan.
3. Pukul fresh cream hingga bertanduk dan satukan adunan tadi dan kaup hingga sebati.
4. simpan sekejap di dalam peti ais.

Walnut Caramel
1. Walnut di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 150 selama 15 minit.
2. Masukkan gula perang ke dalam periuk
3. Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana.
Jangan sampai gula hangus ya
4. Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin
5. Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.
6. Gaul rata dengan segera
7. Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper
8. Biarkan ia sejuk dan mengeras.
9. Dah sejuk cincang dgn pisau atau ketuk2 manja dengan lesung.

Untuk Kek Butterscotch.
1. Bahagikan kek kepada tiga lapisan.
2. Tuangkan sedikit sos butterscotch dan taburkan kacang walnut yang dicincang tadi.
3.Sapukan krim dan lapiskan dengan kek lagi hingga siap tiga lapisan.
4. Salutkan krim ke seluruh kek dan sejukkan kek dalam peti ais. Hias lah sesuka hati.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab