Memang kek ni lembut sangattt, selembut CikDyg tau. Heheheh. Raya nanti hampa boleh buat ni. Bahan dia mudah sangat.
BAHAN-BAHAN:
- 6Biji telur Gred A
- 100g tepung naik sendiri @ 1cawan tepung
- 80-100g gula kastor @ 1/2cawan gula
- 70g minyak masak atau 1/2 cawan
- 1/2 cawan susu cair @ 85g susu
- Esen vanila 2 sudu teh
- Laici flavour 2 sudu teh (kordial laici pon boleh)
- Cream of tartar 1 sudu teh
- Pewarna pink (ikut suka)
CARA-CARA:
- Asingkan putih & kuning telur. Pukul bahagian putih telur dan cream of tar tar sampai berbuih, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit, pukoi sampai kental. Lepas tu tauk tepi.
- Dalam bekas yang lain pula, masukkan kuning telur, minyak, susu cair, perisa laici dan esen vanila pukul sehingga gebu macam CikDyg. Masukkan tepung bagi gebu lagi, ibarat tempek pondesyen.
- Kemudian masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur. Kaup balik sehingga rata. Kacau selow² dan sopan mcm CikDyg jugak.
- Bahagikan kepada 2 adunan. Pink dan putih. Ikut suka kaler yang hampa nak. Letak kaler kelabu pon buleh aih. Tuang ke dalam loyang 8inci secara berselang seli.
- Bakar secara water bath suhu 150°C selama satu jam. Siap!
SELAMAT MENCUBA!