KEK SARANG SEMUT #CARACIKDYG

Hampa kena cuba resepi ni, tak perlu perap pun dan confirm jadik! Untuk yang nak buat juai, harga jualan sebijik kek ialah RM 40.

BAHAN-BAHAN (untuk loyang 10 inci)

BAHAN A

  • 400g gula perang
  • 450g air panas
  • 1/2 ketul butter
  • 1 sudu teh garam halus

BAHAN B

  • 1/2 cawan susu pekat manis

BAHAN C

  • 8 biji telur gred A

BAHAN D

  • 2 cawan tepung paling halus/ naik sendiri
  • 2 tsp soda bicabonate
  • 2 tsp baking powder
  • 2 tsp vanila powder

CARA-CARA:

  1. Masak gula sehingga perang dan gelap. Masukkan air, kacau sehingga mendidih.
  2. Masukkan butter dan susu pekat, kacau sebati. Masukkan sedikit garam.
  3. Pukul bahan B sehingga berbuih (buih kecil). Masukkan bahan A yg dimasak tadi, putar sebati.
  4. Masukkan bahan D sedikit demi sedikit sehingga habis, putar lagi sehingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam loyang 10inci yang disapu butter atau minyak.
  6. Bakar suhu 150°C selama 45minit hingga 1 jam.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab