#Assalamualaikum. Sapa kat sini yang kurang suka minum ayaq kosong?bukan ayaq ais nah. Ayaq kosong memang teramat bagus untuk badan kita. Memang banyak manfaat. Kalo kita nak selalu kekal cergas dan aktif, kita kena amalkan minum ayaq kosong. Bukan setakat bagus untuk badan, kulit kita jugak akan jadi cantik.

Hari ni #EasyBakeLab nak #share dengan hampa 5 Kelebihan minum ayaq kosong.

1. Kulit lebih berseri

Minum air kosong boleh bantu badan kita untuk menyingkirkan racun dalam tubuh dan membantu membersihkan racun dalam darah. Sebab tu kalau kita tengok ramai orang yang kulit cantik dan lembab, diorang amalkan minum ayaq kosong.

2. Langsingkan tubuh

Sapa-sapa yang nak langsingkan tubuh badan memang perlu minum ayaq kosong banyak. Ini kerana ayaq yang kita minum tadi tu akan keluaqkan semula toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh badan kita.

3. Tambah darah

Orang yang selalu rasa lesu, kurang bermaya, ini disebabkan badan kurang ayaq. Bila kurang ayaq, darah dalam badan pon tak boleh berfungsi dengan normal. Jadi banyakkan minum ayaq kosong nah.

4. Membersihkan usus

Minum ayaq kosong masa perut kosong dapat membersihkan usus. Ini kerana ayaq kosong ni tadi dapat menyerapkan nutrien-nutrien ke dalam badan kita.

5. Menyihatkan jantung

Ayaq kosong dapat juga membantu menyembuhkan penyakit jantung. Ramai pengaamal perubatan mengamalkan air kosong sebagai jalan untuk membantu pesakit yang mempunyai sakit jantung.

Haa, banyak dak kelebihan minum ayaq kosong. Banyak lagi manfaat ayaq kosong ni sebenarnya. Jadi kita perlu amalkan minum ayaq kosong banyak untuk menjaga tubuh badan kita. Bile badan sihat, nak buat kek pon suka kan..

Kalo hampa rasa info bermanfaat, hampa #share nah.

#EasyBakeLab #CaraCikDyg #BakingLikeExpert #MasakCaraMudah

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top