“Kalau mentega habis, ganti dengan marjerin boleh tak? Sama je kan?” Sekali imbas, nampak macam sama… Tapi sebenarnya, kandungan lemak antara marjerin dan mentega adalah berbeza, dan kegunaannya juga tak sama. Jom CikDyg nak kongsikan apakah perbezaan antara marjerin dan juga mentega.

MENTEGA

Antara jenama marjerin di pasaran Malaysia
kredit gambar: Healthworks.my
  • Mentega adalah produk tenusu yang diperbuat daripada susu haiwan atau krim yang diproses. Ia mengandungi 80% lemak, 20% air and juga protein susu (pejal). Mentega terhasil melalui proses yang dipanggil pengadukan (churning), pempasteuran dan pemadatan.
  • Terdapat dua jenis mentega di pasaran iaitu salted  dan unsalted.
  • Kebanyakan mentega di pasaran diperbuat daripada susu lembu. Terdapat juga mentega dari sumber haiwan lain seperti susu kambing, biri-biri, dan kerbau.
  • Warna mentega yang dihasilkan bergantung pada pemakanan haiwan tenusu yang digunakan. Mentega kebiasaannya berwarna kuning pucat, tetapi ada juga yang berwarna antara putih hingga kuning pekat.
  • Mentega lebih mudah cair apabila dibiarkan pada suhu bilik. Oleh sebab itu, mentega perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  • Mentega sesuai digunakan dalam resepi biskut ataupun kuih yang mempunyai tekstur garing tetapi lembut. Ia memberikan rasa yang berkrim, aroma yang wangi serta tekstur yang cantik kepada biskut atau kuih anda.

MARJERIN

sumber: patrickmurfin.blogspot.com
  • Marjerin ni asalnya dicipta pada tahun 1869 sebagai alternatif kepada mentega bagi golongan yang bertaraf ekonomi rendah. Harga marjerin lebih murah berbanding mentega.
  • Marjerin bukanlah kategori produk tenusu. Ia mengandungi 80% minyak sayuran dan air. Marjerin dihasilkan melalui proses hydrogenation di mana minyak sayuran yang berbentuk cecair ditukarkan menjadi pepejal atau separa pepejal.
  • Pakar nutrisi menyatakan bahawa marjerin merupakan pilihan terbaik sekiranya anda ingin mengelakkan kandungan lemak tepu dan kolesterol yang ada di dalam mentega.
  • Marjerin boleh dibiarkan pada suhu bilik dan tidak akan cair, so, tak perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  • Marjerin biasa digunakan untuk masakan lauk pauk dan juga kek.

PURE BUTTER vs NON – PURE BUTTER

Biasa dengar tak orang sebut tentang pure butter?

  • Mentega dikategorikan sebagai pure butter apabila ia mempunyai kandungan tenusu sekurang-kurangnya 80%.
  • Kurang daripada 80%, ia dikategorikan sebagai marjerin ataupun  mentega yang telah dicampur dengan marjerin (non-pure butter).
  • Non-pure butter dilabel sebagai lepa susu.
  • Antara jenama non-pure butter yang terkenal di pasaran ialah: Buttercup, FarmCows, TwinCows dan lain-lain.
  • Contoh-contoh jenama pure butter pula ialah: Anchor, Tatura, SCS, Emborg, Golden Churcn, Western Star, Philadelphia, Kerrygold

Biasanya, pure butter lebih mahal harganya berbanding dengan non-pure butter. So, lagi mahal mentega yang anda gunakan untuk buat biskut, lagi bertambah sedap lah hasilnya.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top