Sekilas pandang memang nampak sama ketiga-tiga jenis pencuci mulut ni, tapi sebenaqnya sama tapi tak serupa giteww. Jom CikDyg nak share dengan hampa apa perbezaannya supaya hampa tak tersalah pilih nanti.
JELLY

Paling kenyal dan lembut, mudah hancoq, dan boleh dicedok dengan sudu. Cara buat jelly ni sama dengan agar-agar, perlu dimasak bersama air hingga larut dan mendidih untuk dapatkan tekstur gel.
AGAR-AGAR

Lebih padat & keras berbanding jelly, boleh dipotong mengikut bentuk. Cara buat agar-agar ialah harus dimasak bersama air hingga mendidih. Kalau tak mendidih, agar-agar tak akan terbentuk. Zaman dolu-dolu, agar-agar dibuat dengan menjemur rumpai laut di bawah cahaya matahari sampai kering, kemudian perlu direndam hingga kembang. La ni, nak buat agar-agar lebih mudah. Ada dijual dalam bentuk serbuk juga tau!
PUDING

Dibuat daripada jelly, agar-agar, atau campuran keduanya dengan tekstur lebih lembut dan halus berbanding agar-agar.. tapi puding ni tak selembut jelly. Cara buat puding agak berbeza dari jeli dan agar-agar sebab biasanya puding dihasilkan dengan menambah susu atau telur.