Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Siapa kat sini suka makan kerang? Nak masak kerang, kena cuci betul-betul bagi bersih dulu. Takut sakit perut pulak sat lagi. Jom CikDyg kongsikan dengan hampa 10 cara mudah nak bersih kerang.

1. GARAM

Masukkan garam kasaq ke dalam ayaq yang berisi kerang. Rendam selama 30 minit dan bilas bersih. InsyaAllah, isi kerang tak berlumpoq dan bersih untuk dimasak.

2. BATANG SERAI

  1. Ketuk beberapa batang serai (jangan beriya sangat sampai hancoq nah).
  2. Rendam bersama dengan air secukupnya untuk merendam kerang.
  3. Hampa goi goi goi (gaul), biarkan selama 10 minit dan toskan ayaq kerang tu.

3. HAMPAS KELAPA

Hampa goi (gaul) hampas kelapa dengan kerang, biaq sat dalam sejam, dua jam lagu tu. Lagi banyak hampas yang hampa guna, lagi senang kulit kerang dibersihkan.

4. ASAM KEPING

Hampa masukkan beberapa asam keping ke dalam ayaq yang direndam kerang. Rendam dalam 1jam, kemudian bilas bagi bersih nah.

5. PELEPAH PISANG

  1. Hampa tonyoh ja (gosok) pelepah pisang tu pada kerang. Hampa guna pelepah saja nah, daun tak payah. Kalau Panjang sangat, potong sikit batang pelepah tu.
  2. Hampa tonyoh tonyoh tonyoh ja sampai kulit kerang tu bersih.

6. SERBUK KUNYIT

Masukkan serbuk kunyit dalam air yang direndam kerang. Biaq sat saja, dalam 16 minit lagu tu.

7. AYAQ BERAS

Rendam kerang dengan ayaq beras untuk bersihkan kerang.

8. BAWANG PUTIH

Basuh kerang dengan bawang putih yang dah ditumbuk.

9. DAUN UBI

Carik-carik sikit daun ubi tu dan ramas di dalam bekas yang berisi kerang.

10. DAUN BETIK

Caranya sama saja macam hampa guna daun ubi di atas.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab