Puding Karamel 4 Bahan #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Puding Karamel ni kalau buat juai memang laku keraih ceq oi. Dah la guna 4 bahan asas saja, lepas tu dia punya rasa… Mak aihhhh… Yang paling best, puding ni tak bau hanyiaq teloq pun. Jom CikDyg kongsikan dengan hampa resepi kesayangan CikDyg ni. Jangan lupa share tau.

BAHAN-BAHAN:
(Bahan Karamel)

  • 100g gula kastor
  • 100g air panas

(Bahan Puding)

  • 5 biji teloq gred A
  • 250gram fresh milk Full Cream
  • 250gram Whipping Cream Anchor
  • 90g gula
  • Secubit garam (bagi rasa lemak)
  • Esen vanilla

(Puding Karamel 4 Bahan)

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, buat air gula dulu. Kemudian, masukkan ke dalam bekas.
  2. Masukkan telur dan gula, serta secubit garam. Kacau sehingga larut.
  3. Masukkan susu dan whipping cream, kacau sebati.
  4. Tapiskan adunan dan tuang ke dalam bekas.
  5. Bakar dengan kaedah waterbath pada suhu 150-160C selama setengah jam.

Sebelum makan, sejukkan dulu dalam peti ais. Lepas tu, bila cedok masuk mulut tu kannnn, uihhhh lemak berkrim puding tu dok tergedik-gedik dalam mulut. Digabungkan pulak dengan bau karamel tuhh, fuhhh confim tak cukup sebekaih.😋

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab