Jom CikDyg tunjukkan rahsia nak buat red velvet cheesetart seksi gituu. Nanti hari minggu, semua pakat buleh buat aih. Senang yakmat cek oi.
RESEPI RED VELVET SHELL TART:
- 125g butter/majerin
- 50g gula kastor
- 1 sudu besar red velvet emulco
- 1 biji telur gred C atau D
- 250g tepung gandum (cap suka hati)
- 50g susu tepung (guna susu anak pon takpa)
- 1 sudu besar air sejuk (daripada peti ais) *untuk dapatkan crust yang rangup
CARA-CARA:
- Pukul butter dan gula hingga sebati saja.
- Lepas tu, masukkan teloq, red velvet emulco, susu full krim, ayaq sejuk, dan tepung.
- Uli sebati dengan senduk kayu dan jadikan doh sehingga tak melekat kat tangan.
- Kemudian, tekankan doh dalam acuan tart 4.5cm.
- Buang lebihan doh kemudian cucuk garfu di bahagian tengah. Guna lidi pon takpa aih.
- Bakaq dalam oven yangg telah dipanaskan 10 minit awai dengan suhu 170°C, api atas bawah, selama 20-25minit.
RESEPI CHEESE LELEH LEMAK BERKRIM:
- 250g cream cheese (keluarkan cheese dari peti ais 4 jam awal)
- 100g susu pekat manis
- 30g non-dairy whipping cream
- Sedikit esen vanila
CARA-CARA:
- Pukul cream cheese sehingga lembut dan tidak berketul.
- Masukkan whipping cream dan pukul lagi sehingga nampak berkrim.
- Masukkan esen vanila dan susu pekat manis, pukul sebati.
- Masukkan adunan cheese yang dah siap ke dalam piping beg.
- Susun shell tart yang dah dibakar tadi dalam tray.
- Pipekan cheese di tengah shell tart tadi secara membukit dan menggunung. (Ni lah tips cheesetart buncit. Kalau nak lagi buncit, letak lagi tinggi dan penuh cream cheese tu).
- Parutkan cheddar cheese di atas tart yang dah buncit.
- Letakkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais.
Kalau hampa nak buat juai, buleh juai sebijik RM 1.
SELAMAT MENCUBA!