Red Velvet Cheesetart #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg tunjukkan rahsia nak buat red velvet cheesetart seksi gituu. Nanti hari minggu, semua pakat buleh buat aih. Senang yakmat cek oi.

RESEPI RED VELVET SHELL TART:

  • 125g butter/majerin
  • 50g gula kastor
  • 1 sudu besar red velvet emulco
  • 1 biji telur gred C atau D
  • 250g tepung gandum (cap suka hati)
  • 50g susu tepung (guna susu anak pon takpa)
  • 1 sudu besar air sejuk (daripada peti ais) *untuk dapatkan crust yang rangup

CARA-CARA:

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati saja.
  2. Lepas tu, masukkan teloq, red velvet emulco, susu full krim, ayaq sejuk, dan tepung.
  3. Uli sebati dengan senduk kayu dan jadikan doh sehingga tak melekat kat tangan.
  4. Kemudian, tekankan doh dalam acuan tart 4.5cm.
  5. Buang lebihan doh kemudian cucuk garfu di bahagian tengah. Guna lidi pon takpa aih.
  6. Bakaq dalam oven yangg telah dipanaskan 10 minit awai dengan suhu 170°C, api atas bawah, selama 20-25minit.

RESEPI CHEESE LELEH LEMAK BERKRIM:

  • 250g cream cheese (keluarkan cheese dari peti ais 4 jam awal)
  • 100g susu pekat manis
  • 30g non-dairy whipping cream
  • Sedikit esen vanila

CARA-CARA:

  1. Pukul cream cheese sehingga lembut dan tidak berketul.
  2. Masukkan whipping cream dan pukul lagi sehingga nampak berkrim.
  3. Masukkan esen vanila dan susu pekat manis, pukul sebati.
  4. Masukkan adunan cheese yang dah siap ke dalam piping beg.
  5. Susun shell tart yang dah dibakar tadi dalam tray.
  6. Pipekan cheese di tengah shell tart tadi secara membukit dan menggunung. (Ni lah tips cheesetart buncit. Kalau nak lagi buncit, letak lagi tinggi dan penuh cream cheese tu).
  7. Parutkan cheddar cheese di atas tart yang dah buncit.
  8. Letakkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais.
Sedap dimakan ketika sejuk. Sebijik macam makan ais krim baq hiangggg.

Kalau hampa nak buat juai, buleh juai sebijik RM 1.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab