Ikuti LANGKAH-LANGKAH di bawah..

Waktu makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.

Minum air suam / air kosong bersih sejam sebelum makan dan sejam selepas makan. Elakkan dari minum air ais supaya perut tidak mudah buncit.

Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dan sebagainya. Banyakkan makan sayur dan ulam.

Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan. Kacang tanah, biskut, coklat, dan seumpamanya harus dielakkan termasuk seafood, belacan, telur dan segala makanan yang alah dengan resdung.

Minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 – 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1:0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.

Setiap kali selepas makan,amalkan berjalan 100 langkah supaya makanan yg dimakan cepat dihadamkan dan dapat mengelakkan perut buncit. Jangan terus duduk atau terus tidur selepas makan.

Nak dapatkan BADAN YANG SIHAT, mari kita sama-sama mengamalkan makanan yang sihat nah..

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top