Syioknya bila dapat makan buah tembikai yang rasanya segar, manis, dan juicy. Tapi biasanya ramai yang tersalah beli. Susah jugak kan nak pilih tembikai yang belum potong ni? Senang ja sebenaqnya kalau anda tau cara nak pilih. Jom CikDyg nak kongsikan tips macam mana nak bezakan buah tembikai yang manis dengan yang tak berapa nak manis.
BENTUK
Ramai yang tak tahu sebenarnya buah tembikai pun ada jantina.
- Tembikai yang manis: Tembikai betina bentuknya bulat, dan mempunyai kurang biji. Isinya sesuai dimakan begitu sahaja.
- Tembikai yang kurang manis: Tembikai jantan pula ukurannya besar, berbentuk lonjong, serta mengandungi banyak air dan biji. Ia lebih sesuai dijadikan sebagai jus.
Pastikan juga bentuk buah tembikai yang anda pilih adalah simetri. Sebarang rekahan ataupun kesan lekuk pada buah menandakan bahawa ada serangga ataupun kulat.
JALUR
- Tembikai yang manis: Pastikan jalurnya lurus, kemas dan cantik. Warna jalur yang gelap juga menandakan bahawa isi tembikai tersebut manis.
- Tembikai yang kurang manis: Jalurnya tak sekata dan tak lurus, berwarna cerah.
TAPAK
- Tembikai yang manis: Bulatan di tapaknya kecil, dan jalur di bahagian bawahnya rapat-rapat
- Tembikai yang kurang manis: Bulatan di tapaknya besar, dan jalur di bawah adalah jarak-jarak
TANGKAI (PEDUNCLE)
- Tembikai yang manis: Pilih tangkai yang telah kering dan kecut. Ini bermaksud, tembikai tu dah masak sempurna.
- Tembikai yang kurang manis: Jangan pilih tembikai yang mempunyai tangkai masih hijau, sebab tembikai masih belum masak sepenuhnya tapi dah dipetik terlalu awal.
TOMPOK KUNING
Tompokan yang terdapat pada tembikai terhasil daripada kesan berada di atas tanah.
- Tembikai yang manis: Tompoknya berwarna kekuningan. Ini menunjukkan yang tembikai tu dah berada lama di atas tanah sehingga masak sempurna dan manis.
- Tembikai yang kurang manis: Tompoknya berwarna seakan-akan putih. Tembikai ni biasanya belum cukup matang.
KESAN JARINGAN LABAH-LABAH
- Tembikai yang manis: Mempunyai tompokan gelap seperti jaring labah-labah. Ini menunjukkan yang buah tembikai tersebut banyak kali dihinggap lebah ketika proses pendebungaan kerana rasanya yang manis.
- Tembikai yang kurang manis: Tidak mempunyai sebarang tompokan
KULIT
- Tembikai yang manis: Kulitnya licin dan berkilat kerana ia sudah matang.
- Tembikai yang kurang manis: Kulitnya agak kasar kerana masih belum masak.
BUNYI KEPADATAN
- Tembikai yang manis: Apabila ditepuk atau diketuk dengan jari, bunyinya seakan-akan kosong.
- Tembikai yang kurang manis: Apabila ditepuk, bunyi yang agak padat menandakan tembikai tersebut belum cukup masak ataupun dah terlalu masak.
BERAT
- Kalau anda perlu pilih antara tembikai yang besar atau kecil, lihat pula pada beratnya. Tembikai yang berat adalah lebih baik dan lebih manis isinya.
SEMOGA BERMANFAAT!