Baking Soda dengan Baking Powder sama ke?

Melihat persamaan pada perkataan “baking”, mungkin ada yang menganggap kedua-dua baking soda dan baking powder ni sama. Tidak sama sekali. Kalau tersilap guna, tak jadi kek atau biskut anda nanti. Jom CikDyg kongsikan dengan anda apakah perbezaannya.

Baking soda juga dikenali sebagai soda bikarbonat manakala baking powder ialah serbuk penaik. Kedua-dua soda bikarbonat dan serbuk penaik merupakan agen penaik yang biasa digunakan untuk menaikkan kek dan pastri. Apa yang membezakan kedua-dua bahan ini ialah kandungan asid.

  • BAKING SODA (SODA BIKARBONAT)

Baking soda hanya terdiri daripada Sodium Bikarbonat, tanpa kandungan asid. Sodium Bikarbonat ialah bahan alkali yang bertindak balas apabila bercampur dengan bahan berunsur asid seperti buttermilk, yogurt, coklat, cuka, dan sebagainya. Tindak balas ini menghasilkan gas karbon dioksida dalam bentuk buih. Gas karbon dioksida yang terperangkap lah yang membuatkan doh mengembang dan naik.

Baking Soda biasa digunakan dalam resepi muffin dan biskut.
  • BAKING POWDER (SERBUK PENAIK)

Baking powder mengandungi Sodium Bikarbonat (sama seperti baking soda), tetapi baking powder turut mengandungi 2 jenis asid iaitu Monocalcium Phosphate dan Sodium Acid Pyrophosphate atau Sodium Aluminium Sulphate. Baking powder akan membebaskan sedikit gas karbon dioksida apabila digaul ke dalam doh/adunan, dan selebihnya akan dibebaskan ketika doh dipanaskan di dalam oven. Kandungan asid yang ada akan bertindak balas untuk kali kedua dengan sodium bikarbonat dalam keadaan lembap & suhu yang tinggi.

Baking powder biasa digunakan dalam kek, roti, dan juga biskut.

Disebabkan dalam baking powder dah ada baking soda dan juga kandungan asid, ia biasanya dipadankan dengan bahan-bahan resepi yang tidak berasid.

CikDyg nak pesan, setiap kali anda nak guna baking soda… Pastikan kuantiti nya sepadan dengan bahan-bahan lain yang bersifat asid tau. Kalau tak, soda akan terasa kuat dan kek atau pastri anda akan terasa payau.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top