Berapa lama boleh simpan makanan dalam peti sejuk?

Pernah tak anda tertanya-tanya, berapa lama sesuatu makanan tu sesuai disimpan dalam peti sejuk? Setiap jenis makanan, pasti berbeza-beza tempoh ketahanan nya, betul tak? Makanan yang dah dimasak, bahan-bahan mentah… Jom CikDyg nak share dengan anda, tips berguna untuk pastikan makanan yang anda simpan tu tak cepat rosak dan selamat untuk dimakan di kemudian hari. Semoga bermanfaat!

  • Simpan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak dalam ruang yang berbeza. Makanan yang telah dimasak boleh tercemar dengan mudah walaupun sedikit sahaja bercampur dengan bahan mentah.
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam beg plastik atau bekas yang bertutup. Ini bertujuan untuk mengelakkan pengeringan makanan, pencemaran, dan perubahan pada bau makanan.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu disimpan  berasingan kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan gas Ethelene dalam peti sejuk dan akan merosakkan makanan.
  • Sejukkan makanan yang panas terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.
  •  Makanan dalam tin yang telah dibuka perlu dipindahkan ke dalam bekas yang berbeza sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungan makanan dalam tin akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara.
  • Dading, ikan, dan ayam tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk selama lebih dari 3 hari. Kandungan protein di dalam ketiga-tiga makanan ini akan menggalakkan pembiakan bakteria akibat kandungan kelembapan yang ada.

  • Sentiasa peka dengan tarikh luput makanan anda dan tempoh sesuatu makanan itu disimpan. Berikut adalah jadual yang boleh anda rujuk:

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top