Jom cikdyg ajaq hampa cara buat butter kek #cara cikdyg yang super sedap, wangi dan moist gilersss. Yang bestnya dia punya aroma tu memang menusuk ke otak. Bahan yang mudah dicari tapi pastikan berkualiti tau.
BAHAN-BAHAN:
- 250 gram pure butter (CikDyg guna jenama Anchor)
- 250 gram tepung naik sendiri(Kalau guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder)
- 170 gram gula kastor
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 4 biji telur gred A
- 1/2 cawan susu segar
- 1 sudu besar perahan lemon.
CARA-CARA:
- Pukul butter, susu pekat dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).
- Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung.
- Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati. Guna speed perlahan sahaja.
- Masukkan jus lemon dan gaul sebati.
- Masukkan dalam loyang saiz 8-9″ yang telah dilapik baking paper atau di spray terlebih dahulu. Bakar suhu 180°C selama 45 minit atau sehingga masak.
- Angkat dan sejukkan atas redai.
SELAMAT MENCUBA!