Resepi dia senang sangat, bahan pun mudah saja. Yang penting kena rajin-rajinkan diri la noh. Hehe
BAHAN-BAHAN: (untuk loyang saiz 6-7 inci)
- 50g biji pearl (boba)
- 30g gula merah
- 200g air
- 3 uncang teh Lipton
- 100g susu full cream
- 100g tepung sponge mix
- 100g telur (2 biji telur gred A)
- 30g minyak jagung
- 120g cream cheese
- 100g whipping cream
- 70g susu pekat manis
CARA-CARA:
- Masukkan air dan gula merah ke dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan pula biji pearl dan masak sehingga kembang.
- Untuk buat paste teh pula… Didihkan susu, kemudian masukkan uncang teh ke dalam susu. Masak sehingga warna bertukar menjadi coklat pekat.
- Untuk bahagian kek nya… Masukkan telur, tepung spongemix dan 30g daripada paste teh tadi ke dalam mangkuk mixer. Putar sehingga gebu dan kembang.
- Masukkan minyak jagung dan kacau sebati.
- Tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang dah dilapik baking paper.
- Masak selama 40 minit suhu 150c atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing).
HIASAN:
- Satukan susu pekat manis dan cream cheese ke dalam satu bekas. Putar sehingga berkrim dan tidak berketul.
- Dalam bekas lain pula, putarkan whipping cream sehingga kental dan pekat.
- Satukkan adunan cream cheese dan adunan whipping cream. Masukkan sekali 3 sudu besar paste teh dan kacau sebati.
- Ambil 2 sudu besar sahaja adunan ni, campurkan lagi bersama 2 sudu besar paste teh dan tuangkan ke dalam piping beg, siap untuk dihias pada kek!
SELAMAT MENCUBA!
Nak Share? Silakan. Halal Halal Halal