Resepi dia senang sangat, bahan pun mudah saja. Yang penting kena rajin-rajinkan diri la noh. Hehe

BAHAN-BAHAN: (untuk loyang saiz 6-7 inci)

  • 50g biji pearl (boba)
  • 30g gula merah
  • 200g air
  • 3 uncang teh Lipton
  • 100g susu full cream
  • 100g tepung sponge mix
  • 100g telur (2 biji telur gred A)
  • 30g minyak jagung
  • 120g cream cheese
  • 100g whipping cream
  • 70g susu pekat manis

CARA-CARA:

  1. Masukkan air dan gula merah ke dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan pula biji pearl dan masak sehingga kembang.
  2. Untuk buat paste teh pula… Didihkan susu, kemudian masukkan uncang teh ke dalam susu. Masak sehingga warna bertukar menjadi coklat pekat.
  3. Untuk bahagian kek nya… Masukkan telur, tepung spongemix dan 30g daripada paste teh tadi ke dalam mangkuk mixer. Putar sehingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan minyak jagung dan kacau sebati.
  5. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang dah dilapik baking paper.
  6. Masak selama 40 minit suhu 150c atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing).

HIASAN:

  1. Satukan susu pekat manis dan cream cheese ke dalam satu bekas. Putar sehingga berkrim dan tidak berketul.
  2. Dalam bekas lain pula, putarkan whipping cream sehingga kental dan pekat.
  3. Satukkan adunan cream cheese dan adunan whipping cream. Masukkan sekali 3 sudu besar paste teh dan kacau sebati.
  4. Ambil 2 sudu besar sahaja adunan ni, campurkan lagi bersama 2 sudu besar paste teh dan tuangkan ke dalam piping beg, siap untuk dihias pada kek!
Harga jualan sebiji kek Boba Milk Tea ni RM 40 kalau ikut bahan-bahan yang CikDyg guna di atas. Kalau hampa nak juai murah lagi, kena pandai ejas bahan yang digunakan.

SELAMAT MENCUBA!
Nak Share? Silakan. Halal Halal Halal

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top