TIPS BAKING UNTUK BEGINNER

Bagi yang baru pertama kali nak cuba buat kek dan biskut, jom CikDyg kongsikan dengan anda tips berguna yang boleh buat anda jadi pro!

1. BACA RESEPI DENGAN TELITI

Pastikan sebelum mula, baca resepi sampai habis termasuk tips-tips penting supaya anda tak terlepas mana-mana step penting dan anda betul-betul faham dengan apa yang perlu anda buat. Kalau tak, nanti dah mula mem-baking jadi kalut pula bila ada bahan yang tak cukup atau tak faham nak kena buat apa.

2. SEDIAKAN BAHAN & PERALATAN LENGKAP

  • Sukat siap-siap semua bahan yang diperlukan oleh resepi dan sediakan peralatan-peralatan yang diperlukan contohnya mangkuk, senduk pengadun, spatula, mixer, pemukul telur, dan sebagainya.
  • Keluarkan terlebih dahulu dari peti ais mana-mana bahan yang perlu berada pada suhu bilik seperti mentega, telur, susu, dan cream cheese…sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum mula baking. Suhu bahan pun boleh beri kesan tau pada hasil kek atau biskut anda nanti.
  • Ada sesetengah resepi akan menggunakan sukatan berat berbanding ukuran cawan atau sudu kerana ukuran berat adalah lebih tepat.
  • Kalau anda gunakan sukatan cawan, jangan mampatkan bahan yang disukat tu. Sebab sukatan akan jadi lebih dari yang sepatutnya bila ditekan dan dipadat-padatkan di dalam cawan. Biar paras ngam ngam ho saja.

3. JANGAN OVER MIX

Mesti ada yang ingat, “kalau mix bahan lama-lama, lagi sebati kan?” Oh, tidak! Anda hanya perlu kacau secukupnya sahaja sehingga sebati, terutama sekali pada step campurkan bahan kering pada adunan basah. Apa jadi kalau terlebih mengadun? Kandungan udara yang terperangkap dalam adunan akan keluar dan akan menghasilkan kek yang mendap.

4. SEDIAKAN LOYANG SUPAYA TAK MELEKAT

Anda perlu gris loyang pembakar dengan marjerin atau cooking spray terlebih dahulu supaya kek, biskut ataupun pastri anda nanti tak melekat selepas dibakar. Ataupun, boleh juga lapikkan dengan parchment paper.

5. JANGAN TUANG ADUNAN KEK SAMPAI PENUH

Adunan anda memerlukan ruang untuk mengembang dan naik apabila dibakar. Kalau anda isi adunan kek ataupun muffin sampai penuh, kek dan muffin anda akan melimpah ketika berada dalam oven.

6. SENTIASA PRE-HEAT OVEN SEBELUM MEMBAKAR

Masa dan suhu membakar adalah aspek penting yang akan menentukan hasil kek ataupun biskut anda nanti. Oven mengambil masa 10-15 minit untuk panas sepenuhnya. Kalau tak pre-heat dulu, adunan anda akan dibakar pada suhu yang rendah untuk 10-15 minit yang pertama dan ini akan mengganggu proses adunan anda untuk masak mengikut masa yang ditetapkan.

7. PEKA DENGAN MASA MEMBAKAR

  • Set kan suhu dan masa membakar mengikut keperluan resepi. Bila oven dah berbunyi, terus buka pintu oven dan tengok keadaan kek anda.
  • Cuba cucuk dengan lidi ataupun cake tester, bila dikeluarkan dalam keadaan bersih menandakan yang kek tu dah masak.
  • Kalau masih ada sisa bahan melekat pada lidi atau cake tester, anda perlu tambahkan lagi masa membakar. Lain jenis oven, lain juga rentaknya.

8. JANGAN KERAP BUKA PINTU OVEN

Proses kek yang tengah naik dan mengembang akan terganggu kalau anda buka pintu oven sebelum tempoh waktu yang ditetapkan. Suhu oven akan turun setiap kali anda buka pintunya, nanti kek akan jadi mendap dan bantat.

9. SEJUKKAN KEK

Mengeluarkan kek dari loyang terlalu cepat atau terlalu lambat boleh memberi kesan pada tekstur dan rupa kek anda nanti. Seeloknya biarkan sekejap di dalam loyang, kemudian baru alihkan ke atas radai kek.

SEMOGA BERMANFAAT! Kek tak jadi tu perkara biasa bagi yang baru nak mula belajar, yang peting kena kaji & belajar silap kat mana dan cuba lagi sampai berjaya. Memasak dan baking juga memerlukan ilmu dan kemahiran.

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top