Ada masalah buat kek selalu tak jadi? Kek jadi kering, lembap, keras, berderai, dan sebagainya. Mesti ada sebab kenapa kek jadi macam tu. Jom CikDyg nak share antaraa punca-punca nya kenapa kek hampa tak jadi.

1. KEK JATUH

  • Terlebih tepung: Pastikan sukatan adalah betul dan jangan lupa ayak dulu bahan-bahan kering sebelum dicampur ke dalam apa-apa adunan.
  • Belum masak: Kek yang belum masak ni kadang-kadang rupa luaran dia sama dengan yang dah masak. Jadi, hampa kena pastikan kek tu betul-betul dah masak di bahagian dalam. Cucuk dengan lidi, bila dikeluarkan bersih…maksudnya dah masak.
  • Jangan buka pintu oven pada 30 minit pertama kek dimasukkan ke dalam oven. Walaupun hampa buka cuma beberapa minit, ia tetap akan mengganggu proses kek untuk masak.

TIPS: Kalau kek hampa jatuh di tengah tapi dah masak sepenuhnya, hampa boleh potong lapisan atas kek bagi sekata & cantik. Jangan dibuang!

2. KEK KERAS

  • Terlebih adun: Bila hampa masukkan tepung dalam adunan, kacau hingga sebati sahaja dan tak berketul. Kalau beriya sangat kacau, nanti kek hampa tak jadi.
  • Salah tepung: Gunakan tepung mengikut kehendak resepi. Jangan gatai-gatai pi ganti ikut dan saja, sebab kandungan protein dalam setiap jenis tepung tak sama tau. Ia akan beri kesan pada hasil kek anda nanti.
  • Sukatan bahan tak tepat.

3. KEK BERDERAI

  • Sukatan bahan tak tepat: Terlebih gula, shortening, atau telur akan menyebabkan kek hampa berderai.
  • Tak cukup mengadun: Biasanya dalam resepi ada diberitahu berapa lama perlu mengadun dan tekstur adunan yang bagaimana diperlukan.

4. KEK MEREKAH

  • Suhu oven terlalu tinggi
  • Terlebih serbuk penaik
  • Tak menggunakan ukuran loyang yang sepatutnya: Pastikan hampa guna saiz loyang yang diberitahu. Loyang yang terlalu kecil boleh menyebabkan kek masak tak sekata dan merekah.

5. KEK MELEKAT PADA LOYANG

  • Gris loyang terlebih dahulu
  • Gunakan parchment paper
  • Pastikan juga anda gunakan loyang yang bersih. Saki baki kek terdahulu yang melekat pada loyang akan menyebabkan kek melekat bila hampa bakaq kek lain.

TIPS: Selepas keluarkan kek dari oven, renggangkan kek dari sekeliling loyang menggunakan pisau tajam untuk mengelakkan kek daripada melekat di tepi loyang.

6. Dah ikut step by step bulat-bulat, tapi kek tetap tak jadi?

  • Pastikan oven anda berfungsi dengan baik. Check suhu samada betul atau tidak.
  • Kualiti bahan: mungkin ada bahan yang dah terlalu lama atau expired. Pastikan anda gunakan bahan-bahan yang fresh.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top